suria

Tahanan Polis Larikan Diri Ketika Waktu Sahur

LABUAN: Polis Labuan sedang memburu seorang tahanan lelaki warga Filipina yang melarikan diri dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah di sini ketika waktu sahur awal pagi Rabu.

Ketua Polis Labuan Supt Adzhar Othman berkata tahanan berumur 26 tahun itu bersama seorang lagi tahanan lelaki warga tempatan telah mencederakan sentri sebelum merampas kunci dan meloloskan diri dengan memanjat pagar.

Bagaimanapun,tahanan warga tempatan berumur 35 tahun itu berjaya ditangkap, katanya dalam pada sidang akhbar mengenai kejadian itu di sini Rabu.

Susulan kejadian itu, beliau berkata polis mengadakan sekatan jalan raya di jalan-jalan utama, di sini.

Adzhar turut menasihati orang ramai supaya memaklumkan kepada balai polis berdekatan sekiranya memperolehi maklumat berhubung kes berkenaan.

Katanya, dua tahanan tersebut merupakan suspek rompakan bersenjata dan sedang menunggu perbicaraan Jumaat ini.
tahanan lari

Artikel Lain