suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wee Jaga Hal Ehwal Kampung Baharu & IKS Cina

Datuk Dr Wee Ka Siong
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong berkata beliau akan bertanggungjawab terhadap pembangunan masyarakat Cina di negara ini iaitu hal ehwal kampung baharu serta industri kecil dan sederhana.

Wee berkata perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pertemuan mereka sebelum mesyuarat kabinet pada Rabu.

"Saya akan cuba sedaya upaya membantu dan menangani masalah yang sedang dihadapi mereka," katanya dalam sidang media, di sini.

Wee yang juga Timbalan Presiden MCA menganggap portfolionya satu tugas yang agak berat memandangkan terdapat 607 kampung baharu Cina dan sejumlah besar peniaga serta pengusaha industri kecil dan sederhana yang memerlukan perhatian serius. 

Menurutnya portfolio menjaga hal ehwal kampung baharu itu bukan suatu yang baharu kerana pada tahun 1970-an tugas tersebut digalas oleh Tan Sri Michael Chen Wing Sum sebelum dimasukkan di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
MCA, Wee Ka Siong, IKS Cina

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain