suria

Dua Lelaki Ditahan, Lebih 30,000 DVD Cetak Rompak Dirampas

-Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis merampas lebih 30,000 keping cakera padat digital (DVD) cetak rompak pelbagai judul bernilai lebih RM300,000 dalam satu serbuan di sebuah unit di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras, dekat sini, Rabu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 6 pagi itu, polis turut merampas sebuah mesin 'Shrink Tunnel" untuk membungkus DVD berkenaan, kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab.

Beliau berkata polis turut menahan dua lelaki berumur 34 dan 44 tahun, yang berasal dari Kuala Lumpur dan Bidor, Perak, sejam setengah selepas polis melakukan pemeriksaan di premis berkenaan.

"Kedua-dua lelaki itu masuk ke unit berkenaan pada pukul 7.30 pagi dan mereka ditahan atas kesalahan memiliki DVD tanpa sijil penapisan filem (Perakuan B)," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata keseluruhan unit kondominium itu dipenuhi dengan pelbagai jenis DVD cetak rompak dan dipercayai tempat itu digunakan sebagai stor.
dvd cetak rompak

Artikel Lain