suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PM Ucap Takziah Kepada Keluarga Muhammad Kamal Sallehodin

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Muhammad Kamal Sallehodin yang meninggal dunia di tapak Bazar Ramadan, Presint 2, Putrajaya pada petang Isnin.

"Berita kematian seorang penjawat awam di Bazar Ramadan Putrajaya semalam menyedihkan saya," kata Najib di dalam laman Twitter beliau, Selasa.

Muhammad Kamal, 34, kakitangan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar meninggal dunia selepas tergelincir dan terjatuh ketika melangkah untuk melintasi longkang seluas kira-kira satu meter untuk membeli juadah berbuka puasa.

Timbalan Pengarah Kanan Komunikasi Korporat Perbadanan Putrajaya (PPj), Tengku Aina Tengku Ismail berkata Allahyarham disahkan meninggal dunia secara mengejut akibat serangan penyakit jantung menerusi laporan bedah siasat Hospital Putrajaya terhadap Allahyarham.

Artikel Lain