suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bible: MB Menghadap Sultan Selangor Esok

Abdul Khalid Ibrahim.
SHAH ALAM: Keputusan sama ada untuk memulangkan kitab Bible yang dirampas kepada Persatuan Bible Malaysia (BSM) hanya akan diputuskan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, kata Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim pada Selasa.

Merujuk kepada mesyuarat khas dengan wakil dari Jabatan Agama Islam (Jais) dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mufti negeri, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid pada Isnin, Khalid berkata beberapa opsyen dibincangkan.

"Tiada keputusan dicapai kerana ahli exco masih belum memberi pandangan mengenai perkara ini.

"Sebaik sahaja exco memberikan pandangan mereka, saya akan memohon menghadap Tuanku untuk membuat keputusan akhir," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Khalid berkata, beliau akan bertemu ahli exco lewat petang Selasa dan akan menghadap Sultan Selangor di Istana Mestika pada Rabu.

Pada 2 Januari lalu, Jais merampas 321 salinan Bible versi Bahasa Melayu (Alkitab) dan Bible Iban (Bup Kudus) dalam serbuan di pejabat BSM di sini.

Artikel Lain