suria

Banjir: 170 Penduduk 6 Kampung Di Kampar Terjejas

Enam kampung di Kampar dilanda banjir hingga 170 penduduk terpaksa dipindahkan awal pagi Khamis.

IPOH: Sebanyak 170 penduduk dari enam buah kampung di Kampar dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kampar awal pagi Khamis ekoran rumah mereka dilanda banjir.

Kampung berkenaan ialah Kampung Sahom, Kampung Sungai Salu, Kampung Malaya, Kampung Nyior, Kampung Pisang dan Kampung Baru Kuala Dipang.

Ketua Balai Polis Kampar, Mohd Yamin Naib berkata banjir berlaku ekoran hujan lebat yang berterusan sejak pukul 2 petang sehingga malam Rabu.

Dalam satu kenyataan, beliau berkata mangsa terdiri daripada 90 orang dewasa, 30 kanak-kanak dan 50 warga emas.

Tinjauan Bernama malam tadi mendapati paras air di kawasan terbabit adalah setinggi satu meter.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain