suria

Kenderaan Jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah Beredar Dari IJN

Kenderaan kerabat Diraja Perak turut kelihatan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) mengiringi kenderaan jenazah Sultan Perak, Almarhum Sultan Azlan Shah untuk dibawa pulang ke negeri Perak, Rabu. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kenderaan yang membawa jenazah Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah beredar dari Institut Jantung Negara (IJN) di sini petang ini menuju ke Kuala Kangsar, Perak.

Kenderaan itu beredar dari perkarangan IJN pada kira-kira 5.08 petang dengan diiringi kenderaan kerabat diraja Perak dan polis.

Terdahulu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun dan pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah turut dilihat berada di IJN.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambery Abdul Kadir mengumumkan Almarhum Sultan Azlan Shah mangkat pada 1.30 tengah hari ini.
van jenazah, Sultan Perak

Artikel Lain