suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Tamil Nadu Dapat Waran Tangkap Terhadap Anggota ISI Yang Ditahan Di Malaysia

NEW DELHI: Media India melaporkan Cawangan Q Tamil Nadu, sebuah pasukan perisikan negara, memperoleh waran tangkap pada Selasa terhadap seorang warganegara Sri Lanka yang disyaki menjadi tali barut Inter Services Intelligence (ISI) Pakistan yang ditahan polis Malaysia di Kepong, berhampiran Kuala Lumpur. 

Suspek ditahan pada 14 Mei.

Times of India melaporkan para penyiasat berkata lelaki itu menjadi pembantu utama kepada seorang lagi warganegara Sri Lanka yang menjadi orang suruhan ISI dan ditahan polis Tamil Nadu pada 29 April.

Pasukan khas Malaysia memantau pergerakan anggota ISI pertama itu sejak Disember tahun lepas dan memaklumkan kepada agensi keselamatan India bahawa lelaki itu terlibat dengan rancangan untuk melakukan serangan terhadap konsulat Amerika dan Israel di Chennai dan Bangalore.

Tali barut ISI itu memberitahu polis Malaysia bahawa dia mendapat arahan supaya membunuh dua lelaki dalam serangan terhadap konsulat Amerika dan Israel di Chennai dan Bangalore.

Dia juga memberitahu nama orang Pakistan yang memberi arahan kepadanya.

Polis Tamil Nadu dikatakan akan meminta Central Bureau of Investigation (CBI) memulakan proses ekstradisi lelaki berkenaan.

Menurut sumber laporan itu, suspek memberitahu polis Malaysia bahawa agensi perisikan Pakistan terbabit merancang menghantar dua lelaki dari Maldives ke Chennai dan Bangalore, manakala dia pula ditugaskan mengatur dokumen perjalanan serta kediaman yang selamat untuk mereka.

Sejak 2012, badan perisikan Tamil Nadu mengesyaki seorang pegawai di pejabat suruhanjaya tinggi Pakistan di Colombo bertanggungjawab mengendalikan pengambilan anggota ISI dari Sri Lanka.
Tamil Nadu, ISI

Artikel Lain