suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemuda Umno Kelantan Desak Rayer Mohon Maaf

Mohamad Azam
KOTA BAHARU: Pergerakan Pemuda Umno Kelantan mendesak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R.S.N Rayer memohon maaf kepada anggota Umno dan orang Melayu atas kebiadabannya mengeluarkan kata-kata kesat terhadap parti itu pada sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini.

Ketua Pemuda Umno Kelantan, Mohamad Azam Ismail berkata, kata-kata kesat yang diungkapkan Rayer disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab, tidak beretika dan tidak bertamadun bagi seorang wakil rakyat.

"Sebagai Adun, beliau sewajarnya menunjukkan contoh yang baik dari segi perkataan mahupun perbuatan kerana kita sebagai rakyat Malaysia sangat terkenal dengan kesantunan dan kesopanan budi bahasa.

"Bagi sesiapa yang mendengar ungkapan yang dikeluarkan oleh beliau pasti akan berasa tersinggung dan terguris hati kerana ia sangat jelas menghina dan memancing kemarahan anggota Umno khasnya orang Melayu," katanya kepada pemberita ketika program Sembang Santai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (CBP) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) Bersama Orang Muda di sini, malam Ahad.

Mohamad Azam berkata, Rayer perlu diberikan kaunseling supaya lebih berhati-hati semasa mengeluarkan sebarang kenyataan demi menjaga sensitiviti orang ramai di negara ini.

"Adun berkenaan perlu diberi kaunseling di samping kursus etika dan kesusilaan supaya lebih beradab dan berbudaya," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain