suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kadar Pengangguran Turun Tiga Peratus Pada Mac 2014

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran di negara ini mencatat sebanyak tiga peratus pada Mac 2014,  lebih rendah daripada 3.3 peratus pada tempoh sama tahun lalu, kata Jabatan Perangkaan.

Apabila dibandingkan dengan bulan sebelumnya, kadar itu adalah 0.2 peratus rendah daripada 3.2 peratus pada Februari 2014.

Dalam satu kenyataan di sini pada Isnin, jabatan itu berkata, kadar penyertaan tenaga kerja merosot pada Mac 2014 kepada 66.9 peratus daripada 67.4 peratus pada bulan sebelumnya.

"Penurunan 0.5 peratus itu sebabkan penurunan bilangan pekerja dalam pasaran buruh sebanyak 0.3 peratus (43,800 orang).

"Berdasarkan perbandingan tahun ke tahun menunjukkan bahawa kadar penyertaan tenaga buruh meningkat 1.4 peratus berbanding 65.5 peratus Mac 2013," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain