MAS Semak Dasar Daftar Masuk Bagasi - Semasa | mStar

MAS Semak Dasar Daftar Masuk Bagasi

Semakan dasar daftar masuk bagasi MAS bermula 28 Mei ini.
KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menyemak semula dasar bagasi daftar masuknya, berkuatkuasa 28 Mei ini.

Mulai tarikh berkenaan, penumpang dibenarkan mendaftar masuk maksimum dua bagasi percuma, masing-masing seberat 30 kilogram (kg) untuk kelas Ekonomi, 40 kg (Bisnes) dan 50 kg (Kelas Satu).

Syarikat penerbangan negara itu juga menyemak semula beberapa kadar baharu untuk bayaran bagasi berlebihan muatan mengikut kadar blok setiap 5 kg.

Untuk perjalanan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kadar baharu ialah RM45, antara Semenanjung dan Sabah atau Sarawak (RM55), Asean (RM70), Asia Selatan/China (RM100), Asia Utara/Australia, New Zealand dan Timur Tengah (RM115) dan Eropah RM170.

"Semakan semula itu terpakai untuk semua tiket, tanpa mengira tarikh dikeluarkan untuk perjalanan dari 28 Mei, 2014 dan seterusnya," kata MAS dalam satu kenyataan.

Ia berkata peruntukan bagasi bayi yang kini 10 kg satu dan pengangkutan air Zamzam dari tanah suci, tidak berubah.

Bagi penumpang yang mengerjakan Umrah dan Haji, peruntukan khas 10 kilogram setiap botol 10 liter air Zamzam dibenarkan dari Jeddah-Kuala Lumpur dan destinasi seterusnya.

Peruntukan itu adalah tambahan kepada Elaun Bagasi Percuma dua bagasi setiap satu seberat 50 kg untuk Kelas Satu, dua beg setiap satu 40 kg untuk Kelas Bisnes dan dua beg setiap satu 30 kg bagi Kelas Ekonomi.

Ahli Enrich dan Oneworld layak memperoleh berat muatan tambahan berdasarkan status keahlian mereka.


MAS , dasar bagasi daftar masuk , muatan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain