Pelumba Moto3, Husni Aizat Maut Kemalangan - Semasa | mStar

Pelumba Moto3, Husni Aizat Maut Kemalangan

Husni Aizat Abdul Malik
JOHOR BAHARU: Pelumba motosikal Moto3 negara, Husni Aizat Abdul Malik, 20, meninggal dunia selepas motosikal yang ditunggang bertembung sebuah lori tiga tan di Kota Tinggi pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata dalam insiden di Jalan Tanjung Buai-Teluk Sengat pada 8.30 pagi itu, motosikal Husni terbabas ketika melalui selekoh tajam sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar lori terbabit.

"Motosikal dinaiki Husni sedang dalam perjalanan dari arah Pasir Gudang menghala ke arah Felda Air Tawar 1," kata ketika dihubungi.

Beliau berkata mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Felda Air Tawar 2 namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan manakala pemandu lori berusia 32 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Rahmat berkata ketika kejadian, keadaan cuaca adalah baik namun selekoh di lokasi kejadian tajam dan tidak mempunyai garisan tengah.

Beliau berkata siasatan awal menunjukkan nahas itu berpunca daripada motosikal terbabit.

Husni, dari Felda Air Tawar 1, merupakan bekas pelumba pasukan Touchline SIC-Ajo dan pernah beraksi dalam kejohanan CEV Repsol Moto3 di Sepanyol.

Menurut laporan media, Allahyarham sepatutnya memulakan musim kedua dalam kejohanan di Sepanyol tahun ini namun digugurkan pihak pengurusan pasukan berkenaan Mac lepas.

Husni juga pernah beraksi dalam SIC Ninja 250 R Cup yang menyaksikan Allahyarham mendapat tempat kedua selain Grand Prix Malaysia di bawah tiket 'wild card.'
Moto3 , Husni Aizat Abdul Malik

Artikel Sebelum

Wawancara Bersama Mah Siew Keong

Artikel Berikut

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain