suria

Najib Lawat Fu Wa, Feng Yi Di Zoo Negara

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi makan kepada Fu Wa semasa melawat pasangan panda gergasi dari China, Fu Wa dan Feng Yi di tempat tinggal mereka yang baharu iaitu di Pusat Konservasi Panda Gergasi, Zoo Negara, Hulu Kelang pada Ahad.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat pasangan panda gergasi, Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara, di sini pada Ahad.

Najib yang membuat catatan dan memuat naik gambar lawatan dalam laman Facebook berkata panda gergasi itu dianggap sebagai simbol keamanan dalam budaya China dan amat dihormati.

Pasangan panda gergasi itu berada di Malaysia selama 10 tahun sebagai simbol jalinan hubungan diplomatik selama 40 tahun antara Malaysia dan China pada 31 Mei.

Pasangan panda itu yang dipinjamkan oleh kerajaan China melalui program Perjanjian Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi Malaysia-China, akan dikuarantin selama sebulan di tempat khas di Zoo Negara untuk membolehkan haiwan itu menyesuaikan dengan persekitaran baharu.

Melalui program yang dimeterai pada 2012, Malaysia mempunyai peluang untuk menjalankan penyelidikan pemuliharaan panda gergasi selain dapat membangun dan melatih pakar dalam bidang itu.
Panda, Fu Wa, Feng Yi

Artikel Sebelum

Artikel Lain