"Tiada coklat Cadbury yang lain dipengaruhi dengan DNA porcine dalam ujian itu," kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pihak syarikat ingin memberi jaminan kepada pengguna bahawa semua coklat Cadbury yang dikeluarkan di Malaysia disahkan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) termasuk lokasi dan bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk.
"Kami sedang menjalankan kajian penuh rantaian bekalan bagi memastikan semua standard kualiti terus dipatuhi.
"Kami mengamalkan prosedur kualiti yang ketat untuk memastikan produk kami mencapai standard tertinggi keselamatan dan kualiti," katanya.
Cadbury Tarik Balik Dua Produknya Dikesan Mengandungi DNA Babi
Ketua Hal Ehwal Korporatnya, Raja Zalina Raja Safran berkata pihaknya dimaklumkan bahawa sampel Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 Nov, 2014) dan Coklat Susu dengan Buah Badam (dengan nombor kelompok 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Jan, 2015) yang dianalisis oleh Kementerian Kesihatan didapati mengandungi DNA porcine.


