suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gerakan Dakwa Penyokong DAP Cuba Cetus Provokasi

Penyokong DAP yang dikatakan mencetuskan provokasi dengan berbasikal sambil membawa bendera di kawasan kempen Gerakan, Jumaat.

TELUK INTAN: Penyokong DAP didakwa cuba mencetuskan provokasi dengan membawa bendera parti dan berulang kali melintasi kawasan di mana Gerakan sedang berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, pagi Jumaat.

Timbalan Setiausaha Penganjurnya, David Choong Vee Hing berkata, kejadian di pasar Pekan Baru itu berlaku pada kira-kira pukul 8.30 pagi ketika ahli parti itu mengadakan ceramah menggunakan trak yang dikhaskan.

"Lelaki tersebut menaiki basikal yang dipasang bendera logo DAP dan membuat rondaan di hadapan tempat kami sedang berceramah.

"Ini adalah bukti mereka buat provokasi. Kita tidak buat apa-apa kacau, tetapi DAP hantar orang meronda sebanyak lima kali," katanya pada sidang media di sini, Jumaat.

Vee Hing yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, ceramah parti tetap diteruskan sehingga pukul 9 pagi tanpa mempedulikan kehadiran lelaki berkenaan.

Malah katanya, ceramah yang diadakan pada waktu pagi mendapat sambutan positif daripada penduduk setempat.

"Saya berharap jangan ada yang membuat provokasi seperti ini di tempat awam. Jika kita mahu lawan, lawanlah secara 'gentleman' dan bukannya menggunakan taktik kotor," kata Choong.

Sementara itu, calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud ketika ditanya perkara itu berkata, beliau akan meneliti dakwaan berkenaan.



Artikel Berikut

Artikel Lain