suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Tahanan Penjara Ayer Molek Dijangkiti Meningitis

JOHOR BAHARU: Empat tahanan Penjara Ayer Molek di sini, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah semalam, selepas dipercayai dijangkiti meningitis.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata setakat ini 16 tahanan dikesan mempunyai tanda-tanda jangkitan yang sama manakala kira-kira 900 tahanan sedang menjalani saringan kesihatan.

"Jangkitan ini dipercayai bermula semalam dan tindakan cepat terus dilakukan untuk membuat saringan terhadap 900 orang tahanan bagi mengelak keadaan lebih buruk," katanya ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Ayub berkata pada mulanya tahanan terbabit disyaki dijangkiti Sindrom Pernafasan Timur Tengah-Virus Korona (MERS-CoV) namun pemeriksaan lanjut mendapati mereka dipercayai mereka dijangkiti meningitis.

Menurut Ayub, kenyataan rasmi akan dikeluarkan Kementerian Kesihatan.


Meningitis, Penjara

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain