suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Kenal Pasti Suspek Rekrut Militan Remaja

Lelaki Somalia yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan.

GEORGE TOWN: Polis mengenal pasti beberapa individu yang disyaki terbabit merekrut remaja untuk menyertai kumpulan militan yang masih aktif di negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pemantauan berterusan sedang dilakukan kerana pihaknya memandang serius perkara tersebut.

"Kita dah kenal pasti beberapa individu terlibat dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan.

"Kita tak boleh dedahkan semua maklumat kerana kes ini masih dalam siasatan. Jadi beri kami ruang untuk menyiasat perkara ini," katanya.

Beliau turut mengesahkan empat individu akan didakwa di mahkamah Kuala Lumpur pada petang Jumaat kerana dipercayai terlibat dalam kumpulan militan itu.

"Empat yang telah ditahan dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur hari ini (Jumaat). Mereka ditahan mengikut Kanun Keseksaan," katanya.

Terdahulu, Khalid mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen di sini bagi mendengar taklimat persiapan menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, Ahad ini.

Sebelum ini, dilaporkan 11 individu, dipercayai anggota kumpulan militan ditahan polis bagi menyekat sepenuhnya kegiatan seumpama itu di negara ini.

Penangkapan ini akan diikuti dengan tindakan membawa militan ke mahkamah di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain