suria

Pelajar Cedera Tertusuk Jeriji Pagar Sekolah

Orang ramai membantu menenangkan pelajar apabila lengannya tertusuk jeriji pagar sekolahnya dalam kejadian pagi Khamis.

RANTAU PANJANG: Tindakan seorang pelajar Tingkatan Lima yang memanjat pagar sekolah walaupun dilarang pengawal keselamatan akhirnya membawa padah apabila lengannya tertusuk jeriji pagar sepanjang kira-kira 50 sentimeter.

Pelajar berkenaan bersama 20 rakannya dikatakan mahu pulang sekolah lebih awal dan bertindak memanjat pagar sekolah itu dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi, Khamis.

Akibatnya, pelajar yang hanya dikenali sebagai Mohamad itu terpaksa menanggung kesakitan sehingga pasukan Bomba dan Penyelamat tiba kira-kira sejam kemudian.

Pasukan bomba terpaksa memotong jeriji pagar tersebut untuk menurunkan mangsa sebelum dibawa ke Hospital Lati, Pasir Mas dekat sini untuk diberikan rawatan.

Pelajar yang tinggal di Kampung Parit Air itu menerima 30 jahitan di lengan kirinya akibat kejadian itu.

Beliau bagaimanapun diberi rawatan pesakit luar dan dibenarkan pulang.






Artikel Lain