suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Kenal Pasti Suspek Rompak ATM

Gambar Hiasan.

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu sudah mengenal pasti seorang daripada empat suspek yang menyamun mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di Kampung Raja, Besut, Ahad lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, berkata mereka juga dipercayai kumpulan sama yang melakukan jenayah serupa di Kelantan sebelum ini.

"Modus operandi yang diguna hampir sama selain jumlah suspek juga sama," katanya dalam sidang media, di sini, Khamis.

Katanya, usaha memburu suspek dilakukan oleh satu pasukan khas.

Dalam kejadian pukul 5.55 pagi itu, empat lelaki bertopeng hanya mengambil masa lima minit untuk memecahkan dan melarikan wang tunai RM160,000 daripada sebuah ATM Bank Rakyat Cawangan Jerteh.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), suspek sebelum itu menggunakan kereta untuk menarik keluar sebuah daripada empat ATM yang terletak berhampiran sebuah pasar raya ketika pengawal keselamatan menunaikan solat Subuh.

Artikel Sebelum

Artikel Lain