suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia Harap TPP Dimuktamadkan Dengan Terma Boleh Diterima Negara Menjelang Akhir Tahun

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika sidang media bersama wartawan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 di Tokyo, Khamis. -fotoBERNAMA
TOKYO: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia berharap Perkongsian Trans Pasifik (TPP) dimuktamadkan dengan terma boleh diterima negara ini, kemungkinan menjelang akhir tahun ini.

"Kita cuba, sebab mula-mula mereka sasarkan akhir tahun sudah, tapi dalam Sidang Kemuncak Asia Timur di Bali, saya kata tak mungkin, tak boleh menjadi kenyataan, tetapi kita harap menjelang akhir tahun ini," kata perdana menteri.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucap tama di Persidangan Antarabangsa Nikkei ke-20 mengenai Masa Depan Asia bertema "Rising Asia - Messages for the Next 20 Years" yang diadakan di sini, Khamis.

Artikel Berikut

DUN P.Pinang Kecoh Lagi

Artikel Lain