suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bekalan Air Selangor, Lembah Klang Cukup Semasa El Nino - MB

Khalid memberi jaminan bekalan air di Selangor dan Lembah Klang cukup untuk tempoh enam bulan.

SHAH ALAM: Kerajaan Selangor membuat persediaan bagi memastikan simpanan bekalan air mencukupi untuk rakyat negeri ini dan Lembah Klang sepanjang tempoh enam bulan, terutama bagi menghadapi fenomena El Nino.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri sudah melaksanakan projek Hybrid off River Augmentation System (Horas) bagi menambah bekalan air mentah.

"Jika Jun, Julai dan Ogos ini dikatakan musim El Nino, maka kita dapat menyediakan air secukupnya untuk tempoh tersebut kerana rizab air boleh menampung sehingga enam bulan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelepasan program kayuhan 'Shah Alam Enduride 2014' di sini, Ahad.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan negara dijangka mengalami musim kering pada bulan Jun sehingga September tahun ini.

Selain itu, Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) meramalkan fenomena El Nino berkemungkinan berlaku pertengahan tahun ini dan mungkin berlanjutan antara enam hingga 18 bulan.

Sebahagian Selangor dan Lembah Klang mengalami catuan air secara berjadual dan berperingkat selama tiga bulan antara Febuari dan April ekoran kekurangan bekalan air semasa musim panas baru-baru ini.


air, Selangor, Lembah Klang, El Nino

Artikel Berikut

Artikel Lain