PRK Bukit Gelugor: PCM Akan Ke Rumah Pengundi - Semasa | mStar

PRK Bukit Gelugor: PCM Akan Ke Rumah Pengundi

Huan Cheng Guan

GEORGETOWN: Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan yang bertanding sebagai calon bebas di Parlimen Bukit Gelugor akan memulakan kempen bertemu penduduk dari rumah ke rumah pada Sabtu.

Beliau akan menggunakan pendekatan berkempen menggunakan sebuah lori dan mengedarkan risalah manifesto kepada kira-kira 42,000 unit rumah di sekitar Bukit Gelugor.

"Agak sukar untuk saya bertemu dengan semua penduduk di tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen ini. Jadi saya menggunakan pendekatan melawat pengundi dari rumah ke rumah bermula esok (Sabtu)," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PCM di Jalan Air Itam di sini, Jumaat.

Jelas beliau, Parlimen Bukit Gelugor merupakan kawasan yang luas diduduki pengundi dan mempunyai tiga kawasan DUN iaitu Seri Delima, Air Itam dan Paya Terubong.

"Saya akan dibantu oleh beberapa petugas kempen parti yang akan mengedarkan risalah manifesto kepada pengundi-pengundi di tiga kawasan DUN ini.

"Malah saya turut menghadiri majlis makan malam bersama penduduk sebelum memulakan ceramah di beberapa kawasan terpilih sejak beberapa hari lalu," katanya.

Ketika ditanya mengenai sambutan pengundi terhadap kempennya, Huan berkata, kebanyakan pengundi yang ditemuinya menunjukkan reaksi positif.

"Sambutan amat menggalakkan terutama ketika saya melakukan walkabout di Pasar Greenlane Height, Jalan Gangsa di sini, pagi ini (Jumaat). Mereka sempat bergurau dengan saya kerana mereka tahu saya seorang yang suka berlawak," katanya.

Dalam perkembangan berasingan, Huan turut mendesak Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan,  Jagdeep Singh Deo supaya mendedahkan segera jumlah rumah kos rendah dan sederhana yang dibina oleh kerajaan Pulau Pinang sehingga hari ini.

"Sebenarnya saya nak tanya Exco Perumahan, Jagdeep berapa banyak rumah mampu milik kos rendah dan sederhana dibina sehingga hari ini. Jangan cakap saja buktikan kepada rakyat. Kalau dulu rumah dapat RM72,000 tapi kini harganya mencecah RM180,000 ditambah dengan bermacam-macam kos tambahan sehingga rakyat tidak mampu memiliki rumah sendiri.

"Apakah kerajaan negeri gagal mengawal pemaju? Saya nak tanya juga berapa banyak unit rumah berharga RM400, 000 dan ke atas dibina sejak Mac 2008 hingga sekarang. Kalau dia tak jawab saya minta para Adun pembangkang di negeri ini bangkitkan isu tersebut di Dewan Undangan Negeri yang akan bersidang minggu depan," katanya.

Bukit Gelugor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Gadis nyaris dirogol lelaki bogel

Spurs pecat Pochettino!