suria

Ahmad Said Sibuk Persiapan Kenduri Kahwin Anak Perempuannya

KEMAMAN: Persiapan Majlis perkahwinan anak bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang dijadual berlangsung di kediaman peribadinya sedikit pun tidak terganggu dek krisis politik yang berlaku. 

Terdapat kira-kira 16 kanopi didirikan, disamping banner perkahwinan serta perabot turut diletakkan di perkarangan rumah agam yang terletak di Kijal itu. 

Nampaknya Ahmad ingin memastikan majlis perkahwinannya berjalan lancar walaupun disebalik tindakan yang dilakukannya baru-baru ini. 

Walaupun Ahmad menggunakan alasan majlis perkahwinan tersebut sebagai alasan beliau meninggalkan Umno, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal menegaskan majlis tersebut akan berjalan seperti yang dirancang sekaligus mengetepikan kontroversi yang berlaku sebagai salah faham semata-mata. 

"Majlis perkahwinan akan tetap berlangsung di rumah saya di sini. Kami akan mengadakan satu lagi majlis perkahwinan di Kuala Terengganu dihadiri oleh Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin," katanya kepada pemberita di rumahnya pada Rabu. 

Ditanya mengapa majlis perkahwinan tersebut tidak ditunda, Ahmad berkata Sultan telah memilih tarikh tersebut. 

Bukan senang nak jemput Sultan (Sultan Mizan) ke majlis. Kena hantar jemputan dua bulan awal. Sultan free pada 10 Mei. Jadi, kita buat pada 10 Mei yang lalu," katanya. 

Beliau turut menjelaskan mengapa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara tidak sengaja tersilap apabila mengatakan majlis perkahwinan anak perempuannya telah selesai. 

"Kami meminta maaf kepada semua pihak terhadap salah faham yang berlaku ketika mesyuarat yang diadakan di Putrajaya. 

"Saya seorang yang sangat sensitif. Jika seseorang itu bertindak kasar terhadap saya, saya akan bertindak dengan cara yang sama. 

"Bagaimanapun, jika mereka berlembut, saya akan membalasnya dalam cara yang serupa," katanya. 

Ahmad berkata kad jemputan telah dihantar kepada ramai orang, termasuk Perdana Menteri. 

"Bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir kerana mempunyai urusan kerja di luar negara," katanya. 

Ahmad mengakui bahawa apabila majlis tersebut melibatkan anaknya beliau tidak dapat berfikir secara logik. 

"Itulah antara punca yang menyebabkan saya bertindak sedimikian beberapa hari yang lalu. 

"Permohonan maaf adalah apa yang perlu dilakukan untuk menenangkan ketegangan hubungan dengan Perdana Menteri," katanya. 

majlis perkahwinan, Ahmad Said

Artikel Lain