suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

66 Pati Dicekup Sejurus Tiba di Pengerang

JOHOR BAHARU: Sebanyak 66 Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati) warga Indonesia dan seorang rakyat tempatan ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tanjung Sedili di perairan Pengerang, Kota Tinggi pada Selasa.

Ketua Penguatkuasanya Kapten Maritim Amran Daud berkata penahanan Pati itu dibuat selepas bot peronda APMM mengesan sebuah bot pancung kayu berlegar di perairan Pengerang, kira-kira 10.30 malam.

"Bot itu dikesan berada di 3.6 batu nautika Tenggara Tanjung Punggai dan hasil pemeriksaan mendapati 67 penumpang termasuk tujuh wanita dan dua kanak-kanak berada dalam bot itu," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, kesemua Pati dan lelaki rakyat tempatan berasal dari Sarawak itu tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan sah berusia antara tujuh bulan dan 56 tahun.

Mereka dipercayai dalam perjalanan dari Tanjung Punggai di Kota Tinggi ke perairan Indonesia, katanya.

Amran berkata, pihaknya merampas bot pancung itu berserta tiga enjin jenis Yamaha manakala kesemua Pati ditahan dan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Antipemerdagangan Orang 2007.

APMM Daerah Tanjung Sedili katanya, akan meneruskan rondaan dan pemantauan bagi menyekat kegiatan Pati daripada terus berleluasa bagi memastikan perairan negara selamat dan terkawal.


Pengerang, Imigresen

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain