suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ops Noda: Ejen Pusat Urut Dapat Habuan Cecah RM30,000

Sebahagian daripada pekerja wargenegara Vietnam yang ditahan dalam Ops Noda, malam Isnin.

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat refleksologi menawarkan habuan RM30,000 kepada ejen atau orang tengah yang mendapat pekerja yang bukan sahaja mengurut kaki tetapi menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Berdasarkan siasatan awal, premis yang berselindung di sebalik pusat urut kaki di Jalan Klang Lama di sini dikatakan boleh meraih pendapatan sehingga RM48,000 sebulan.

Dalam operasi  Bahagian D7 (Kongsi Gelap/Perjudian/Maksiat) Balai Polis Brickfields yang diketuai Inspektor Mohammad Jais bersama lima anggota lain lewat malam Isnin itu, 10 wanita warga Vietnam serta juruwang pusat berkenaan ditahan.

"Wanita berusia 20 hingga 28 tahun itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

"Pelbagai jenis kondom, wang tunai kira-kira RM4,000 dan buku jadual kerja turut dirampas," katanya.

Premis yang menawarkan khidmat seks itu dibuka sejak enam bulan lalu tanpa permit sah dan beroperasi antara pukul 12 tengah hari hingga 3 pagi. 




Pusat Urut, GRO

Artikel Lain