suria

Hujan Lebat Sebabkan Banjir Kilat, Lalu Lintas Sesak

HUJAN LEBAT... Kelihatan orang awam tetap melintasi jalan walaupun dalam keadaan hujan lebat.
PETALING JAYA: Hujan lebat dan banjir kilat pada petang Isnin menyebabkan keadaan trafik di sekitar ibu negara sesak.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Chan Sow Lin, Jalan Imbi, Jalan Hang Tuah, Jalan Bukit Bintang dan Jalan Pudu di Kuala Lumpur.

Sementara itu, jurucakap polis Petaling Jaya mengesahkan banjir kilat berlaku membabitkan tiga bulatan di sepanjang Jalan Templer iaitu Bulatan Templer, Bulatan Selangor dan Bulatan Othman pada petang Isnin.

Keadaan lalu lintas sesak di ketiga-tiga bulatan terbabit.
banjir, hujan, sesak

Artikel Lain