suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Krisis Air: NGO Gesa Segera Guna WSIA

PETALING JAYA: Tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa Kerajaan Persekutuan supaya mempercepatkan penggunaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) dalam usaha menyelesaikan proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi industri air di Selangor.

Menurut mereka penangguhan proses berkenaan hanya akan merumitkan keadaan dan merugikan rakyat di Selangor yang berhadapan krisis kekurangan air sejak Februari lalu.

"Kami menggesa semua pihak untuk bekerjasama memastikan bahawa dalam masa kurang 12 bulan, kita akan bersedia supaya tidak berhadapan dengan krisis air seumpama ini lagi," kata mereka menerusi kenyataan media bersama pada Selasa.

Tiga NGO terbabit ialah Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia dan Forum Air Malaysia.

Ketiga-tiga NGO itu turut mengesyorkan supaya kerajaan menubuhkan satu jawatankuasa khas yang terdiri daripada badan bukan kerajaan dan persatuan pengguna bagi memantau keberkesanan tindakan yang diambil terutama mengenai proses penstrukturan semula air Selangor.

Sebelum ini Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air dilaporkan akan menggunakan kuasa mengikut WSIA 2006 bagi melaksanakan pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi bagi membolehkan penstrukturan industri air dilaksanakan di Selangor.

Kementerian itu dalam kenyataan bersama Pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan, selain WSIA, akta, undang-undang atau peraturan yang terpakai untuk membantu kerajaan negeri akan digunakan bagi melaksanakan cadangan pengambilalihan industri tersebut.
WSIA, Syabas, Air Selangor

Artikel Lain