suria

10 Kawasan Catat IPU Sederhana

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara pada keseluruhannya baik manakala 10 kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat 7 pagi Khamis.

Menurut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), 10 kawasan terbabit ialah Paka (93), Balok Baru (Kuantan) (79), Kemaman (67), Nilai (57) dan Tanah Merah (51).

Yang lain ialah Bakar Arang, Sungai Petani (52), SK Jalan Pegoh, Ipoh (51), Kangar (53), Petaling Jaya (52) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (51).

Bacaan IPU pada tahap antara 0-50 adalah baik, sederhana (51-100), tidak sihat (101-200), sangat tidak sihat (201-300) dan berbahaya (lebih 301).

Orang ramai boleh menyemak status IPU di kawasan masing-masing dengan melayari portal http://apims.doe.gov.my.

IPU, Cuaca

Artikel Sebelum

Panda China Tiba Rabu Depan

Artikel Berikut

Artikel Lain