suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MH370: Panel Antarabangsa Akan Ditubuhkan

Krew pesawat C-130 Hercules TUDM memunggah pesawat selepas mendarat di Pangkalan RAAF Pearce di Perth, Sabtu, untuk membantu carian MH370. -AFP
PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan akan menubuhkan sebuah jawatankuasa antarabangsa untuk menyiasat kehilangan MH370, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau juga membayangkan bahawa agensi perisikan dan penerbangan antarabangsa akan dijemput untuk meneliti isu-isu dalam industri penerbangan Malaysia.

"Saya telah menyatakan bahawa bukan sahaja Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan siasatan, tetapi kementerian juga akan menubuhkan panel antarabangsa," katanya kepada pemberita.

"Saya percaya semua rakan kongsi dan negara yang terlibat dalam carian mahu melihat apa yang kita akan dedahkan."

Mengenai simulator penerbangan MH370 milik juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah, beliau berkata Biro Siasatan Persekutuan tidak menjumpai sebarang bukti mencurigakan dalam penyiasatannya.

"Tetapi ini mesti disokong dengan polis tempatan dan akan disahkan oleh Ketua Polis Negara nanti."

Artikel Lain