suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Saifuddin Tanding Timbalan Presiden PKR, Azmin Belum Muncul

Saifuddin Nasution Ismail.

PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bertanding jawatan Timbalan Presiden menentang penyandang, Mohamed Azmin Ali.

Pengesahan pencalonan Saifuddin diumumkan Pengerusi Jawatan Pemilihan, Datuk Johari Abdul.

Sehingga pukul 3 petang, jawatan nombor dua parti itu kini menyaksikan saingan tiga penjuru antara Saifuddin, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Sehingga berita ini ditulis, Mohamed Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak dan Adun Bukit Antarabangsa masih belum menghantar borang pencalonan bertanding mana-mana jawatan.

Sebelum ini Mohamed Azmin membayangkan untuk mempertahankan kedudukannya yang dimenangi kali pertama pada 2010.

Mohamed Azmin mengemaskini akaun twitternya kira-kira pukul 1 tengahari tadi memaklumkan beliau menghadiri majlis perkahwinan di Gombak.

Proses penyerahan borang pencalonan yang dibuka sejak pukul 10 pagi Sabtu akan ditutup pada pukul 5 petang.

Artikel Lain