suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Jangan Burukkan Lawan - Abdul Khalid

Abdul Khalid.

PETALING JAYA: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyeru semua calon yang bertanding supaya tidak menjadikan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mei ini sebagai medan untuk memburukkan pihak lawan.

Tegas Menteri Besar Selangor itu, semua calon perlu menunjukkan kematangan ketika berkempen tanpa menyerang peribadi mana-mana pihak untuk kepentingan politik peribadi.

"Kita sepatutnya berbincang tentang apa yang boleh kita perjuangkan. Tak perlu keluarkan kenyataan  memburukkan rakan.

"Kita bertanding untuk menjadikan parti ini parti yang matang dan jika kita ingin memerintah Malaysia, kita kena tunjukkan sifat bertanggungjawab, ketelusan dan ikhlas," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Terdahulu Abdul Khalid menyerahkan borang pencalonan bertanding jawatan Timbalan Presiden menentang penyandang, Mohamed Azmin Ali.

Turut mangesahkan bertanding ialah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua.

Seorang lagi nama yang disebut-sebut bakal memberi saingan untuk jawatan Timbalan Presiden ialah, Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis, Saifuddin masih belum tampil menyerahkan borang pencalonan bagi mana-mana jawatan.

Artikel Lain