suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PAC Puas Hati Penerangan Berhubung Kehilangan Aset Polis

Datuk Nur Jazlan Mohamed
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang negara (PAC) berpuas hati dengan penerangan daripada pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri berhubung aset bernilai RM1.3 juta yang hilang dan diketengahkan dalam laporan  Ketua Audit Negara 2012.

Pengerusi PAC Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata polis telah mengambil beberapa langkah untuk memperbaiki keadaan dengan memperkenalkan beberapa sistem untuk mengelakkan daripada kejadian serupa berulang pada masa akan datang.

"Ketua Polis negara telah mengambil tanggungjawab untuk melakukan perubahan dari segi prosedur, sistem dan sumber manusia.

"Secara keseluruhan, PAC berpuas hati dengan kementerian itu dan tindakan polis dalam mengukuhkan pengurusan aset," kata Nur Jazlan pada sidang akhbar di lobi Parlimen.

Antara aset yang hilang termasuk 44 senjata api, 156 gari dan 29 kenderaan.

Sesi PAC adalah mengenai pengurusan kehilangan aset kerajaan dan telah dihadiri oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Mohamad Khalid Shariff dan ketua jabatan logistik polis Datuk Zulkifli Abdullah.

Nur Jazlan yang merupakan Ahli Parlimen Pulai berkata pasukan polis sudah pun melaksanakan tiga sistem pemantauan untuk meneliti inventorinya.
PAC, KDN, aset

Artikel Lain