suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Transkrip Perbualan Juruterbang Dalam Akhbar British Tidak Tepat - DCA

Azharuddin Abdul Rahman
SEPANG: Transkrip perbualan terakhir antara juruterbang pesawat MH370 yang hilang dan kawalan trafik udara yang dikeluarkan oleh akhbar British, Daily Telegraphadalah 'tidak tepat'.

"Transkrip antara juruterbang dan kawalan trafik udara berada dengan pasukan penyiasatan dan sedang dianalisis, tetapi ia tidak boleh dikeluarkan kepada umum," kata Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman.

Beliau berkata transkrip 54 minit terakhir komunikasi tidak "menunjukkan apa-apa yang tidak normal".

Akhbar Daily Telegraph menerbitkan transkrip komunikasi kokpit dengan kawalan trafik udara di laman web mereka pada Sabtu, tetapi ia telah dilabelkan sebagai tidak tepat kerana ia adalah terjemahan berganda.

Akhbar British itu menerima terjemahan Mandarin daripada perbualan bahasa Inggeris, yang kemudiannya diterjemahkan semula ke bahasaInggeris dan diterbitkan di laman web mereka.


Artikel Lain