suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Imbasan Radar Dikesan Di Lokasi Pencarian Di Lautan Hindi

Pesawat P-8 Poseidon menerima imbasan radar dengan saiz yang ketara di lokasi pencarian MH370 di Lautan Hindi.
PETALING JAYA: Seorang krew pesawat yang meninjau lokasi pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Lautan Hindi berkata mereka menerima imbasan radar dengan saiz yang ketara, menunjukkan sesuatu berada di permukaan air, lapor ABC News.

Wartawan ABC News, David Wright yang berada di atas kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS), P-8 Poseidon berkata, anak-anak kapal memberitahunya bahawa radar menunjukkan 'sesuatu berada di dalam lautan itu.'

Masih terlalu awal untuk memberitahu sama ada imbasan radar itu ada kaitan dengan pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

P-8 adalah antara empat pesawat dan sebuah kapal yang digerakkan ke luar pantai Australia selepas dua objek yang mungkin ada kaitan dengan pesawat dikesan oleh satelit, kata beberapa pegawai pada Khamis.
P-8 Poseidon, MAS, MH370, Lautan Hindi

Artikel Lain