MH370: Saya Percaya Tunang Saya Ditahan Sebagai Tebusan - Semasa | mStar

MH370: Saya Percaya Tunang Saya Ditahan Sebagai Tebusan

Sarah, bersama tunangnya, Phil Wood dari Amerika Syarikat yang merupakan salah seorang penumpang pesawat MH370 yang hilang.
PETALING JAYA: Tunang kepada penumpang penerbangan Malaysia Airlines 370 Phil Wood belum bersedia untuk putus harapan dan percaya seluruh penumpang dan anak kapal pesawat yang hilang masih hidup.

CNN pada Selasa melaporkan bahawa Sarah Bajc, 48, percaya tunangnya masih hidup dan ditahan sebagai tebusan di suatu tempat.

Sarah berkata logik akalnya memberitahu kejadian ini berkaitan tebusan dan adalah tidak wajar untuk orang yang menangkap itu untuk membunuh penumpang.

Perampas akan kelihatan kejam tetapi tidak mempunyai kuasa tawar-menawar yang banyak, tambahnya.

"Saya perlu percaya bahawa tebusan menjadi begitu berharga kepada mereka," beliau dipetik sebagai berkata.

Sarah percaya bahawa jika terdapat rampasan atau sebarang kecemasan yang lain, Phil akan menjadi salah seorang penumpang yang tenang di atas kapal.

Beliau berkata: "Dia sangat tenang dan boleh berfikir waras".

"Dan saya fikir dia adalah jenis orang yang akan membantu untuk menenangkan keadaan yang benar-benar huru-hara ".

Dia dan Phil merancang untuk berpindah dari Beijing ke Kuala Lumpur dan akan berkahwin tahun ini.

Mereka bertemu pada tahun 2011 di sebuah bar di Beijing. Mereka kemudian berpindah bersama-sama ke sana, dengan seorang anak lelaki.

Phil adalah salah seorang daripada tiga rakyat Amerika di atas kapal terbang yang hilang pada 8 Mac.

Sarah memulakan halaman Facebook dan akaun Twitter "Finding Phil Wood" untuk mengumpul dan berkongsi maklumat mengenai penerbangan.
tunang , MAS , MH370 , Amerika Syarikat , Phil Wood , Sarah Bajc

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel