suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pusat Media MH370 Kecoh Dengan Kehadiran Ahli Keluarga Penumpang

Pusat Media MH370.

SEPANG: Kekecohan berlaku di pusat media di Hotel Sama-Sama di sini apabila jurugambar dan wartawan mengerumuni ahli keluarga beberapa penumpang pesawat MH370 yang hilang, apabila mereka berjalan di kawasan itu tanpa disedari.

Insiden dramatik berlaku di auditorium di mana sidang media diadakan setiap hari, dengan satu lagi kumpulan wartawan yang duduk di ruang legar bergegas untuk melihat apa yang berlaku.

Dipercayai ahli keluarga penumpang itu datang ke sini bagi mendesak pihak berkuasa dan mencari jawapan berhubung kehilangan pesawat MH370.

Keadaan menjadi riuh dengan jeritan yang menyelubungi pusat media sebelum anggota keselamatan masuk dan mengiringi mereka ke bilik sekretariat media.

pusat media, MH370

Artikel Lain