suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

PR Boikot Parlimen

PR akan memboikot hari kedua sidang parlimen minggu hadapan sebagai tanda protes ke atas hukuman mahkamah terhadap Anwar serta Karpal.

KUALA LUMPUR: Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan untuk memboikot hari kedua sidang parlimen minggu hadapan sebagai tanda protes ke atas hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan itu juga diambil sebagai tanda solidariti kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh yang sedang menunggu hukuman yang bakal dikenakan ke atasnya setelah didapati bersalah di bawah Akta Hasutan dalam satu kes perbicaraan baru-baru ini.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke Siew Fook itu bagaimanapun menyatakan yang ahli-ahli parlimen PR tidak akan memboikot majlis perasmian parlimen penggal pertama tahun 2014 yang bakal disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada Isnin 10 Mac ini.

Tidak dinyatakan pula apakah pemboikotan sidang parlimen pada 11 Mac itu akan diteruskan pada hari-hari berikutnya.

PKR, PAS, DAP

Artikel Lain