suria

Saya Hanya Tanding Jawatan No.2 - Abdul Khalid

Abdul Khalid Ibrahim.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau hanya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut Abdul Khalid, beliau mengambil keputusan untuk bertanding atas desakan rakan-rakan yang mengatur pelbagai mesyuarat dengannya untuk menyakinkannya.

"Mereka mahu seorang Menteri Besar bukan saja mentadbir negeri tetapi juga seseorang yang boleh berkhidmat untuk PKR," kata Khalid dalam satu sidang media selepas majlis mengetengahkan budaya dan adat Melayu pada Sabtu.

Ketika ditanya sama ada beliau mendapat restu daripada penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Abdul Khalid berkata, Anwar menyedari usaha yang diambil untuk memperkukuhkan parti.

Namun, Abdul Khalid berkata, beliau tidak akan bercakap mengenai perkara itu sehingga Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang yang diadakan 23 Mac ini selesai.

Abdul Khalid yang juga pengarah pilihan raya kecil itu, berkata, keutamaannya adalah memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Khalid berkata, beliau akan memastikan Selangor menerima pulangan yang berbaloi dalam penstrukturan semula air di negeri itu.

Khalid, Tanding No.2, PKR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain