suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

2.2 Juta Penduduk Hadapi Gangguan Air Berikutan Catuan Fasa Kedua

Empangan Selangor.

CYBERJAYA: Enam daerah, melibatkan 431,617 isi rumah dan 2.2 juta penduduk di Putrajaya, Selangor dan Kuala Lumpur, akan berhadapan dengan gangguan air antara 2 dan 31 Mac.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengumumkan bahawa kawasan-kawasan itu akan menerima bekalan air selama dua hari, diikuti dengan gangguan air sepanjang tempoh tersebut.

Pengumuman mengenai fasa kedua pelaksanaan catuan air dibuat oleh Pengerusi SPAN, Datuk Ismail Kassim pada sidang media di sini, Jumaat.

Catuan tersebut berikutan pengurangan jumlah air yang dilepaskan dari empangan Selangor dan Klang Gate empangan, yang disebabkan oleh tahap simapanan air rendah.

Enam daerah yang terlibat adalah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor.

Daerah-daerah itu akan dibahagikan kepada dua zon, setiap zon mengambil giliran untuk menerima bekalan air selama dua hari.

Artikel Lain