suria

P.Pinang Tidak Perlu Pembenihan Awan Ketika Ini - Lim

Lim Guan Eng

GEORGE TOWN: Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata Pulau Pinang tidak memerlukan pembenihan awan untuk menghasilkan hujan bagi menghadapi musim panas ketika ini berikutan bekalan air mencukupi sehingga hujung Mac.

Beliau berkata semua premis perniagaan, hotel dan juga pihak industri masih boleh menjalankan perniagaan masing-masing seperti biasa.

"Bagaimanapun sebagai langkah berjaga-jaga, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) akan menjalankan kajian semula sekiranya hujan masih tidak turun," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'The Aqua Save Programme Briefing' dan penyampaian sijil di sini, Selasa.

Lim berkata sekiranya Empangan Mengkuang yang sedang dalam proses pembinaan siap dua tahun lagi, Pulau Pinang mampu bertahan selama empat bulan tanpa hujan.

"Sekiranya kita mampu mengamalkan sikap berjimat cermat bukan sahaja dapat bertahan empat bulan malah lebih daripada itu. Sekarang ini kita tidak mempunyai masalah air tetapi dalam masa sama kita perlu berjimat dan jangan membazir air," katanya.

Lim berkata Pulau Pinang merekodkan penggunaan air paling tinggi di negara ini iaitu 300 liter seorang setiap hari berbanding purata 215 liter seorang di negara ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain