Perompak Ditembak Mati Berhampiran NKVE - Semasa | mStar

Perompak Ditembak Mati Berhampiran NKVE

Anggota forensik melakukan siasatan ke atas seorang warga Indonesia yang mati ditembak oleh anggota polis selepas melakukan rompakan di sebuah rumah banglo milik juruterbang di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE) di Shah Alam, Selasa.

PETALING JAYA: Seorang perompak ditembak mati berhampiran Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) di kawasan Shah Alam, kira-kira 500 meter, selepas memecah masuk rumah juruterbang.

Difahamkan, tiga rakan sejenayahnya berjaya melarikan diri ke ladang kelapa sawit berhampiran, manakala polis peronda cedera dalam pergelutan dengan perompak yang ditembak.

Perompak dipercayai menunggu rakan sejenayah lain di tepi lebuh raya apabila satu unit peronda polis terserempak dengan mereka kira-kira pukul 4 pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Azisman Alias ​​mengesahkan kejadian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pasangan Pelajar Universiti Maut Dirempuh Bas

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

14 ciri WhatsApp yang mungkin anda tak tahu

Ibu muda lahirkan bayi kembar tujuh

Sah! Empat penjuru PRK Semenyih

JDT rampas kedudukan pendahulu Liga Super