suria

KPDNKK Kaji Keperluan Ambil Alih KDR1M

Alias Ahmad.

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji keperluan untuk mengambil alih operasi Kad Diskaun Rakyat 1 Malaysia (KDR1M) dan keberkesanannya dalam mencapai golongan sasar.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, Ketua Setiausaha Kementerian PerdaganganDalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pengeluar kad tersebut, syarikat Buletin Informasi Malaysia Sdn Bhd telah bertemu dengan pihaknya dan membentangkan cadangan berkenaan.

"Bagaimanpun, kementerian masih perlu meneliti keperluan itu agar ia tidak berlaku ulangan kepada inisiatif diskaun enam kad yang telah diperkenalkan kementerian sebelum ini," katanya.

Pada Isnin, syarikat itu dilaporkan memohon KPDNKK untuk mengambil alih program itu demi kepentingan rakyat.

Menurut kenyataan itu, KPDNKK juga bersedia untuk mendengar cadangan dan inisiatif terutama pihak swasta yang mahu bekerjasama untuk membantu meningkatkan lagi kesejahteraan hidup rakyat. 

KPDNKK, KDR1M, Alias Ahmad

Artikel Lain