suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MCA Akan Perbaiki Kelemahan Demi Perkukuh Parti

Liow Tiong Lai.
KUALA LUMPUR: MCA akan memperbaiki kelemahan parti itu dan melakukan pembaharuan dan transformasi untuk menjadi lebih baik.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mengelak segala permasalahan dan mencari kesalahan tidak akan membantu parti bergerak ke hadapan.

Beliau berkata masyarakat Cina memilih untuk menghantar mesej mengecewakan kepada parti dalam dua pilihan raya umum terdahulu, yang menyaksikan prestasi hambar parti itu.

"Kami (MCA) menyedari masalah yang dihadapi oleh mereka dan akan memperkukuhkan parti supaya kami boleh memperbaikinya.

"Partin MCA yang kuat juga akan membawa masyarakat Cina yang kuat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Sambutan Ulang Tahun ke-65 parti itu di Wisma MCA, Jalan Ampang pada Ahad.

Liow berkata MCA akan menentukan nasib parti dan berjanji bahawa mereka tidak akan mengecewakan ahli-ahlinya dan masyarat Cina dari sekarang.
Liow, MCA, Perbaiki Kelemahan

Artikel Berikut

Artikel Lain