suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

BN 'Underdog' Di DUN Kajang - PM

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua, kanan) mengumumkan Datin Paduka Chew Mei Fun (tengah) sebagai calon BN bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Kajang di Ibu Pejabat BN di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur pada Jumaat. -fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun disifatkan sebagai calon 'underdog' dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac depan.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Barisan Nasional (BN) akan melakukan yang terbaik terutama bagi memberi saingan terhadap calon lain pada PRK itu nanti.

"Kali ini kami (BN) akan bertanding sebagai calon 'underdog'.

"BN akan bekerja keras untuk pastikan kami memperoleh keputusan yang terbaik," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Menara Datuk Onn di sini, Jumaat.

Mengulas lanjut Najib berkata, Umno sebagai komponen terbesar dalam BN akan memberi sokongan padu kepada wakil MCA itu nanti.

"Kami akan sokong beliau. Kami akan cuba yang terbaik," katanya yang juga presiden Umno.

Kerusi DUN Kajang kosong berikutan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan (Adun) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Lee Chin Cheh pada 27 Januari lalu.

PKR menamakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon.

Manakala bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim turut mengumumkan pencalonannya sebagai wakil Bebas.

Artikel Lain