suria

Wartawan Bernama Meninggal Dunia

Rosyatimah Tukimin
Rosyatimah Tukimin

KUALA LUMPUR: Wartawan Bernama, Rosyatimah Tukimin, 53, meninggal dunia awal pagi ini setelah lama menghidap kanser.

Beliau menghebuskan nafas terakhir di Hospital Putrajaya pada pukul 1.35 pagi Selasa semasa beliau dirawat kerana mengalami pneumonia.

Allahyarham akan dikebumikan di Perkuburan Islam Taman Raidhaul Jannah, Kampung Sungai Limau Manis, Sungai Merab, Kajang pada pukul 10.30 pagi Selasa.

Beliau meninggalkan suami Muhammad Husni Mohd Jazri, 54, dan dua anak lelaki

Muhammad Ikhsan, 23, dan Muhammad Ikhwan, 18.

Selepas beliau menamatkan pengajian dalam bidang komunikasi massa di Institut Teknologi Mara ketika itu, Rosyatimah menyertai akhbar The Star sebagai pemberita rencana pada 1985 dan menyertai Bernama pada 2002 dan bertugas sebagai editor penyunting di Meja Antarabangsa.

Timbalan Ketua Pengarang Meja Antarabangsa Bernama, Ahmad Zukiman Zain menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang berdedikasi dan rakan yang sentiasa bekerja kuat serta menyayangi kerja dan keluarganya.

Penolong Editor Meja Ekonomi Bernama, Massita Ahmad dalam ucapan takziahnya berkata: "Rosyatimah adalah seorang pejuang yang senyuman dan semangat berjuangnya akan sentiasa dirindui".-BERNAMA

Artikel Lain