suria

'Along' Silap Sasaran Simbah Cat Merah Pada Bank

Kelihatan beberapa pelanggan tidak dapat berurusan dengan menggunakan mesin ATM bank komersil di kawasan perniagaan Greentown Avenue memandangkan pintu bank tersebut telah disimbah dengan cat merah di Ipoh, Khamis. Foto BERNAMA

IPOH: 'Along' amat mahir dalam soal wang tetapi kurang cekap dan tepat apabila menyimbah cat merah terhadap peminjam yang tidak membayar hutang di sini Khamis.

Dua lelaki dipercayai peminjam wang haram atau Along mahu menyimbah cat merah ke premis sebuah syarikat di kawasan perniagaan di sini tetapi cat itu sebaliknya disimbah ke pintu masuk sebuah bank bersebelahan dalam kejadian kira-kira 3.15 petang.

Menurut seorang pengawal keselamatan, dia melihat sebuah Proton Wira warna putih yang dinaiki tiga lelaki berada berhampiran bank sebelum dua lelaki keluar lalu melempar dua tin cat ke arah pintu masuk bank.

Menurut seorang lagi pengawal keselamatan, lelaki terbabit sebenarnya mahu melempar cat itu ke premis sebuah syarikat bersebelahan bank tersebut tetapi malangnya terlempar ke pintu masuk bank.

Mereka turut melempar beberapa salinan kad pengenalan seorang lelaki yang dipercayai pemilik syarikat itu, katanya.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan berkata kereta itu menggunakan nombor pendaftaran palsu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain