suria

Iskandar Ali Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan Yang Baharu

Iskandar Ali Dewa. - fotoBERNAMA
Iskandar Ali Dewa. - fotoBERNAMA

SEREMBAN: Iskandar Ali Dewa dilantik Penasihat Undang-Undang Negeri Sembilan yang baharu menggantikan Datuk Ishak Sahari yang bertukar ke Johor.

Iskandar Ali, 46, yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka, sebelum ini adalah Penasihat Undang-Undang, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pelantikan Iskandar Ali berkuat kuasa pada Khamis lepas.

Majlis mengangkat sumpah jawatan oleh Iskandar Ali di hadapan Mohamad diadakan di Pejabat Menteri Besar di Wisma Negeri di sini.

Turut menyaksikan majlis itu Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mat Ali Hassan. - BERNAMA

Artikel Lain