suria

Lebuhraya Bukit Jalil Menghala KL Ditutup Isnin

KUALA LUMPUR: Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mengumumkan sebahagian lorong arah ke Kuala Lumpur Lebuhraya Bukit Jalil dari jalan susur bertentangan Pangsapuri Sri Teratai, akan ditutup hingga ke BK 3/11 dari 11 malam Isnin hingga 5 pagi Selasa.

"Penutupan ini adalah untuk memudahkan pembinaan Projek Penyambungan Landasan LRT (LEP).

"Ini dilakukan untuk keselamatan pengguna jalan raya berhubung kerja pembinaan Pier 178 LEP, yang melibatkan penggunaan jentera berat," kata Prasarana dalam kenyataan di sini, Jumaat.

Menurut syarikat itu, laluan berkenaan dibuka sepanjang masa, manakala laluan kontra akan dibuka bagi melencongkan kenderaan, di mana lorong paling kanan lebuh raya menghala ke Puchong dibuka kepada kenderaan menuju ke Kuala Lumpur dan dua lorong lagi digunakan untuk kenderaan menghala ke Puchong.

Prasarana menasihati pengguna berhati-hati dan mematuhi isyarat lalu lintas apabila menggunakan laluan berkenaan.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian bantuan Prasarana 03-7885 2585. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain