suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tukang Masak Rentung Kereta Bertembung Treler

SUNGAI PETANI: Seorang tukang masak rentung selepas keretanya bertembung sebuah treler yang sarat dengan muatan papan lapis di jalan Sungai Petani-Bedong berhampiran stesen minyak Sungai Lalang malam Ahad.

Kejadian berlaku ketika Mohd Shamshuri Osman, 35, yang bekerja di Hospital Sultan Abdul Halim dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Haji Ali, Bedong kira-kira 7.45 malam.

Jurucakap polis berkata, kereta Proton Saga BLM yang dipandu mangsa dipercayai terbabas dan memasuki arah bertentangan sebelum melanggar bahagian tangki minyak treler berkenaan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain