suria

Haron Din Masuk IJN, Tidak Hadir Muktamar PAS

Haron Din
Haron Din
Haron Din

SHAH ALAM: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada Jumaat dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN).

Pengerusi Tetap Muktamar PAS ke-59, Datuk Abu Kassim Abdullah mengumumkan perkara tersebut bagi menjelaskan ketiadaan pemimpin veteran PAS itu pada majlis perasmian di Stadium Melawati di sini, Jumaat.

"Dimaklumkan Dr Haron Din dinasihatkan berehat selama dua minggu," katanya.

Turut tidak hadir pada majlis perasmian itu ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kerana perlu menghadiri perbicaraan kes saman fitnah di mahkamah.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berhadapan kes saman fitnah yang difailkan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Mohamad didakwa mengeluarkan kata-kata fitnah di dalam artikel 'Wan Ahmad Tak Boleh Dipercayai' dan 'Ragu Peranan SPR-Wan Ahmad Omar Mesti Letak Jawatan' yang telah dilapor dan diterbitkan oleh akhbar Harakah edisi Jumaat 1-3 Februari 2013 selepas ditemu ramah oleh penulis artikel itu pada 29 Januari lepas.

Majlis perasmian Muktamar PAS ke-59 ini akan dirasmikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadir sama pada majlis itu ialah Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Artikel Sebelum

Artikel Lain